WILAYAH Phongsaly di utara Laos mencatatkan kes demam babi Afrika, lapor agensi berita Xinhua, memetik akhbar harian tempatan Vientiane Times pada Selasa.
Virus penyakit itu mula dikesan di wilayah selatan Laos di Salavan, kira-kira 670 kilometer tenggara ibu kota Vientiane, kemudian menular ke Vientiane dan wilayah Savannakhet.
Sebanyak 338 babi mati sejak wabak terbaru melanda dua daerah di utara Phongsaly, kira-kira 732 kilometer di utara Vientiane.
Pada 11 Julai, kakitangan Pejabat Pertanian dan Perhutanan Laos melakukan pemeriksaan dan mengesahkan terdapatnya wabak demam babi Afrika di dua buah kampung di daerah Khua di wilayah Phongsaly.
Pejabat Pertanian dan Perhutanan menasihati orang ramai supaya tidak memakan daging babi yang telah mati. – Bernama, 23 Julai, 2019.
Komen