SETIAUSAHA politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dijangka akan dibebaskan hari ini, kata peguam.
Baldip Singh berkata anak guamnya akan dibebaskan hari ini selepas ditahan reman sejak seminggu lalu di Balai Polis Dang Wangi.
“Farhash sepatutnya dibebaskan hari ini selepas 1 petang,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Farhash ditahan berhubung siasatan mengenai penyebaran video seks didakwa mengaitkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Bekas Ketua AMK Santubong Haziq Abdullah Aziz mengaku sebagai individu dalam video tersebut dan menuduh Azmin sebagai individu kedua dalam rakaman berkenaan.
Menteri hal ehwal ekonomi itu menafikannya dan menyifatkan video tersebut merupakan konspirasi untuk memusnahkan karier politiknya. – 23 Julai, 2019.
Komen