ENAM orang, termasuk seorang kanak-kanak, cedera pada Isnin apabila satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Syria terkena estet sebuah keluarga di tenggara wilayah Sanliurfa, Turki, lapor agensi berita Anadolu memetik satu kenyataan.
Kedua-dua roket menyasarkan daerah Ceylanpinar yang bersempadan dengan Syria, menurut kenyataan gabenor Sanliurfa.
Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Negeri Ceylanpinar, menurut kenyataan itu.
Kementerian Pertahanan Nasional Turki, menerusi satu kenyataan di Twitter, menyebut bahawa tujuh sasaran telah dimusnahkan di pihak Syria dalam serangan balas. – Bernama, 23 Julai, 2019.
Komen