TIGA lagi penduduk suku Temiar ditahan polis hari ini di kawasan sekatan yang didirikan untuk menghalang pembalak masuk ke kawasan tanah adat masyarakat itu di hulu Gerik.
Menurut wakil penduduk Anjang Aluej, seorang lelaki lelaki ditahan sekitar jam 9 pagi ini di kawasan sekatan tersebut, di jalan masuk ke Hutan Simpan Air Chepam
Seterusnya polis menahan dua orang lagi dan membawa kesemuanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, katanya kepada The Malaysian Insight.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Gerik Ismail Che Isa yang berkata pasukannya akan memohon perintah tahanan reman di mahkamah esok..
“Tiga Orang Asli ditahan untuk siasatan lanjut, kita akan pohon reman di Mahkamah Majistret Grik,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan.
Ini merupakan penangkapan kedua polis selepas penduduk berkenaan mendirikan semula sekatan untuk menghalang pembalak mauk ke kawasan hutan berkenaan.
Sabtu lalu, polis menahan tiga Orang Asli Temiar namun mereka dibebaskan pada hari sama selepas keterangan diambil.
Penahanan itu masih dibuat walaupun kerajaan memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak memihak kepada pembalak. – 23 Julai, 2019.
Komen