Rekod rampasan dadah di Brazil naik 90%


Hampir separuh dadah itu ditemui di Pelabuhan Santos, di selatan Brazil, tidak jauh dari tempat di mana polis menahan dua lelaki disyaki ahli mafia Itali, ‘Ndrangheta. – Gambar AFP, 23 Julai, 2019.

BRAZIL merampas 25.3 tan kokain yang hendak dipasarkan ke Eropah dan Afrika pada enam bulan pertama 2019, meningkat 90% berbanding tempoh sama tahun lepas, kata pegawai semalam.

Hampir separuh dadah itu ditemui di Pelabuhan Santos, di selatan Brazil, tidak jauh dari tempat di mana polis menahan dua lelaki disyaki ahli mafia Itali, ‘Ndrangheta.

Pegawai kastam berkata peningkatan rampasan disebabkan hasil risikan yang bertambah baik dan penguatkuasan di sempadan Brazil.

“Tahun lepas kami merampas 31.4 tan kokain, rekod yang akan diatasi sekali lagi,” kata Arthur Cazella kepada AFP.

Jumlah ganja yang dirampas pula bertambah dua kali ganda kepada 10.2 tan pada Januari hingga Jun tahun ini, naik 3.9 tan berbanding tahun lepas.

Sempadan tanah Brazil sepanjang 17,000 kilometer adalah hub penting untuk penyeludupan dadah antarabangsa.

Dadah dihasilkan di Colombia, Bolivia, Venezuela dan Paraguay diseludup masuk ke Brazil sebelum dihantar ke pasaran Eropah.

Beberapa laluan ke Afrika turut dibuka, kata Cazella.

Rampasan kokain meningkat saban tahun, berjumlah 958 kilogram pada 2014 kepada 31.4 tan tahun lepas. – AFP, 23 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen