TENTERA Israel mua merobohkan rumah penduduk Palestin yang didakwa dibina secara haram di selatan Baitulmaqdis awal hari ini.
Tindakan itu mengundang kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan tercetusnya konflik baru antara Palestin dan Israel.
Berpuluh-puluh tentera dan polis Israel menutup sekurang-kurangnya empat bangunan di kawasan Sur Baher dan mengerahkan jentolak untuk memusnahkan bangunan dua tingkat itu.
Pemberita dilarang memasuki kawasan itu manakala penduduk dan aktivis diheret keluar dari rumah yang dimusnahkan.
Rejim Israel mendakwa bangunan itu terletak terlalu hampir dengan temboh pemisah antara Tebing Barat dan kawasan yang dijajah rejim Zionis.
Penduduk Palestin mendakwa Israel menggunakan alasan keselamatan sebagai usaha mengusir penduduk Palestin dan meluaskan kawasan jajahan. – AFP, 22 Julai, 2019.
Komen