Cara kutip cukai digital jadi persoalan, kata pakar


Khoo Gek San

Pelbagai penyedia perkhidmatan dalam talian popular seperti Spotify, Netflix Inc, Amazon.com Inc dan Steam mungkin tertakluk di bawah cukai baru ini, dan cukai itu dijangka menyumbang berbilion ringgit kepada kerajaan. – Gambar EPA, 27 Julai, 2019.

TIMBUL persoalan bagaimana pihak berkuasa mahu melaksanakan cara kutipan cukai baharu penyedia perkhidmatan dalam talian luar negara terhadap apabila undang-undang itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Perunding cukai memberitahu The Malaysian Insight bahawa tiada garis panduan spesifik yang digariskan kepada perkhidmatan dalam talian luar negara  bagi undang-undang baharu itu.

Mereka mencadangkan kerajaan menguatkuasakan skim kutipan secara sukarela dan syarikat yang berdaftar akan menjadi pemungut cukai kepada kerajaan.

Penasihat hal cukai  SM Thanneermalai berkata kerajaan tidak boleh memaksa perniagaan asing untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kerajaan perlu menggalakkan mereka daripada memaksa mereka. Jika mereka (syarikat) tidak mahu membayar cukai, kita tidak boleh memaksa mereka,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyekat perkhidmatan tersebut sebaik sahaja ia mencapai keuntungan yang dihadkan.

Katanya Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa cukai yang lain masih belum mendedahkan maklumat lanjut tentang cukai itu.

“Buat masa ini persoalan utama adalah bagaimana hendak melaksanakannya dan memberi penekanan,” katanya.

Cukai perkhidmatan digital akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan dan sudah ditetapkan pada kadar 6% setahun terhadap perkhidmatan yang menjana keuntungan RM500,000.

Timbalan Menteri Kewangan  Amiruddin Hamzah berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) di Dewan Rakyat pada 8 April lalu sebagai langkah menyeragamkan dan memberi peluang sama rata kepada penyedia perkhidmatan digital dalam dan luar negara. 

Cukai itu terpakai kepada semua perkhidmatan dalam talian luar negara yang tidak boleh diakses tanpa teknologi dan perisian komunikasi, termasuk perkhidmatan dalam talian dan media streaming dalam talian, e-buku, e-pemasaran, storan fail, beli belah dalam talian dan mana-mana perkhidmatan sama.

Pelbagai penyedia perkhidmatan dalam talian popular seperti Spotify, Netflix Inc, Amazon.com Inc dan Steam mungkin tertakluk di bawah cukai baru ini, dan cukai itu dijangka menyumbang berbilion ringgit kepada kerajaan.

Pakar cukai sebelum ini telah dilaporkan sebagai berkata bahawa cukai baru 6% akan ditanggung oleh pengguna kerana cukai perkhidmatan digital adalah cukai ke atas pengguna dan bukan perniagaan.
 
Mereka menambah bahawa penyedia perkhidmatan itu akan mengenakan cukai itu kepada pelanggan mereka cukai dan menyerahkan kutipan tersebut kepada kepada kerajaan.

Ia sama dengan cara perniagaan tempatan mengutip cukai perkhidmatan daripada pelanggan bagi pihak kerajaan. – 27 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen