SEORANG lelaki Serbia mengaku membuat panggilan ancaman bom palsu kepada lapangan terbang Belgrade kerana berharap dapat bertemu janji dengan seorang pramugari, lapor media tempatan Sabtu lalu.
Lelaki berusia 65 tahun dikenali sebagai Z.N, memberitahu mahkamah Belgrade yang dia bertempu dengan pramugari Lufthansa di Belgrade dan mahu bertemu janji dengannya.
Pada Rabu, selepas gagal menemuinya di hotel penginapan, dia membuat panggilan kepada Lapangan Terbang Nikola Tesla dan melaporkan sebuah bom ditempatkan dalam pesawat Lufthansa.
Ia dilakukan untuk membolehkan wanita itu terus berada di bandar itu, lapor media.
130 penumpang dan anak kapal terpaksa meninggalkan pesawat dan menunggu beberapa jam sebelum polis memeriksa pesawat itu dan dibenarkan berlepas ke Frankfurt.
Polis berjaya mengesan dalang panggilan palsu menerusi telefon digunakannya.
Mahkamah mengarahkan lelaki itu ditahan selama 30 hari dan didakwa kerana mencetuskan huru hara dan panik. – AFP, 22 Julai, 2019.
Komen