PERDANA Menteri Britain Theresa May akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kecemasan hari ini untuk membincangkana rampasan kapal tangki milik negara itu oleh Iran di kawasan Teluk.
Keputusan terpenting terakhirnya sebelum berundur Rabu ini, May akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecemasan COBR Britian sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan, kata Pejabat Downing Street.
“Selain menerima perkembangan terkini daripada menteri dan pegawai, mesyuarat COBR akan membincangkan penyeliaan keselamatan kapal di Teluk Parsi,” kata jurucakap dalam satu kenyataan ringkas.
Ia adalah mesyuarat jawatankuasa kecemasan Britain ketiga sejak Iran merampas kapal tangki Stena Impero pada Jumaat, London memberitahu Majlis Keselamatan PBB yang tindakan melanggar undang-undang itu dilakukan di perairan Oman.
May akan mempengerusikan mesyuarat itu buat kali pertama.
Mesyuarat Bilik Taklimat Pejabat Kabinet (COBR) selalunya melibatkan menteri, keselamatan, perisikan dan ketua tentera di sebuah fasiliti dikawal ketat di tengah London.
Britain masih mempunyai sebuah kapal di kawasan teluk itu, HMS Montrose, dan sudah meminta semua kapal negara itu untuk mengelak berlayar di Selat Hormuz sebelum notis arahan lanjut dikeluarkan.
Dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB, Britain berkata Iran mendakwa kapal milik Sweden itu, Stena Impero cuba memasuki selat itu menerusi laluan keluarnya dan tidak menghiraukan mesej amaran dan pengesannya dimatikan.
“Itu bukan situasinya,” kata surat itu.
Pegawai Iran juga mendakwa kapal tangki itu ditahan kerana pelanggaran dengan sebuah bot nelayan Iran, tuduhan yang didakwa Britain “tiada bukti”.
“Malah sekiranya ia berlaku, lokasi kapal di perairan Omani bermaksud Iran tidak berhak memintas Stena Impero.” – AFP, 22 Julai, 2019.
Komen