PM Jepun diramal kekal majoriti dalam Parlimen


BLOK pimpinan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe diramal mengekalkan majoriti kerusi dalam Parlimen apabila rakyat negara itu mengundi untuk pilihan raya Dewan Negara hari ini, lapor media tempatan,

Keputusan pilihan raya itu akan mengukuhkan gabungan parti pemerintah menjelang kenaikan cukai akhir tahun ini dan membolehkan pelan Abe untuk meminda Perlembagaan negara itu.

Parti Demokratik Liberal pimpinan Abe dan rakan pakatannya, Komeito diramal mengekalkan antara 67 dan 77 daripada 124 kerusi, kira-kira separuh dari Dewan Negara, berdasarkan ramalan syarikat penyiaran NHK.

Kedua-dua parti itu mengawal 70 kerusi daripada 245 kerusi di Dewan Negara yang tidak dipertandingkan, membuatkan mereka berada di landasan yang tepat untuk mengekalkan majoriti.

Abe juga dijangka menjadi perdana menteri paling lama berkhidmat untuk Jepun dan akan mengekalkan majoritinya ekoran kurang saingan daripada pembangkang.

Malah jumlah pengundi juga dijangka lebih rendah berbanding 50%, sekali gus menjadi penyumbang kepada kemenangan Abe.

Jika menang, Abe akan kekal berkuasa sehingga November dan memecah rekod Taro Katsura yang sebelum ini paling lama berkhidmat sebagai perdana menteri.

Katsura menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali antara tahun 1901 dan 1913. – AFP,  21 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen