Lebih 1,000 anggota bomba dikerah padam kebakaran hutan Portugal


LEBIH 1,000 anggota bomba bertungku-lumus untuk memadamkan kebakaran hutan di tengah Portugal yang menyaksikan penduduk di beberapa kampung terpaksa dipindahkan.

Setakat pagi hari ini, kira-kira 400 kenderaan bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran di kawasan hutan di wilayah Castelo Brano, 200 kilometer dari Lisbon.

Selain itu, usaha memadamkan kebakaran turut melibatkan penggunaan 20 helikopter dan pesawat.

Seorang penduduk yang mengalami kecederaan serius dibaawa ke Lisbon menggunakan helikopter.

Antara yang turut cedera termasuk empat anggota bomba.

Pihak tentera turut menghantar bantuan bagi menguruskan laluan yang memudahkan anggota bomba memadamkan kebakaran.

Kejadian itu menyebabkan beberapa lebuh raya ditutup dan sejumlah penduduk kampung dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Angin kuat menyebabkan kebakaran bergerak ke tiga arah berbeza sejak semalam.

Enam wilayah tengah dan selatan Portugal diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran kebakaran itu.

Portugal masih trauma dengan kematian puluhan orang dalam kebakaran besar yang berlaku pada 2017. – AFP,  21 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen