SEORANG anggota Pengawai Revolusi Iran dan seorang pejuang militan Basij terbunuh dalam pertembungan dengan kumpulan pengganas di tenggara Iran.
Pertempuran berlaku semalam di daerah Saravan wilayah Sistan-Baluchistan yang melampaui sempadan Pakistan, kata agensi rasmi IRNA.
Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai komander penjaga Mohsen Naghibi dan anggota Basij tempatan dikenali sebagai Abdolkhalegh Derazehi.
Sistan-Baluchistan telah lama menjadi kawasan di mana penjihad yang berpangkalan di Pakistan melakuan serbuan rentas sempadan.
Serangan terbaru membunuh 27 pengawal pada pengeboman bunuh diri 13 Februari lepas yang menyasarkan bas di kawasan tidak menentu. – AFP, 21 Julai, 2019.
Komen