SEORANG wanita warga Australia yang didakwa membunuh dengan memenggal kepala ibunya dan meletakkannya di luar rumah jiran telah dihantar menjalani pemeriksaan mental.
Polis berkata, mayat seorang wanita berusia 57 tahun ditemui di rumahnya di Sydney pada malam Sabtu.
Polis menggambarkan pembunuhan berkenaan sebagai adegan jenayah “paling mengerikan” yang pernah mereka hadapi.
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan di kebun berhadapan sebuah rumah jiran selepas didakwa meletakkan kepala ibunya di laluan keluar, lapor Daily Telegragh.
Penyiar kebangsaan ABC berkata, suspek dilihat tiba di Mahkamah Parramatta Bail dan melalui satu pautan video hari ini memberitahu bahawa dia memerlukan pemeriksaan perubatan.
Wanita itu dihantar ke hospital untuk pemeriksaan, kata polis kepada AFP.
Bagaimanapun suspek tidak memohon ikat jamin.
Pegawai berkata, seorang ahli keluarga mangsa berusia empat tahun menyaksikan kejadian itu dan kini dirawat di hospital untuk kecederaan ringan yang dihadapinya sebelum diserahkan kembali kepada keluarganya.
Pegawai penyiasat Brett McFadden berkata, pegawai mengendalikan kes itu telah ditawarkan sokongan professional.
“Walaupun polis dilatih untuk bertindak balas terhadap apa juga situasi, namun jenayah ini dianggap terlalu mengerikan.
“Ini salah satu adegan jenayah yang paling mengerikan perlu polis hadapi,” katanya kepada wartawan di Sydney. – AFP, 20 Julai, 2019.
Komen