Tentera Indonesia terbunuh serangan terkini di Papua


Seorang tentera Indonesia terkena tembakan peluru di pinggangnya dan meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana helikopter tidak dapat mengeluarkannya dari lokasi terbabit akibat cuaca buruk. – Gambar AFP, 21 Julaim 2019.

SEORANG tentera Indonesia terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan pemberontak di wilayah Papua yang bergolak ketika ia mengawal tapak bangunan, kata tentera.

Sekumpulan tentera memantau pembinaan sebuah jambatan di daerah Nduga yang terpencil, kawasan tentera yang diserang tahun lepas.

Jurucakap tentera Papua, Muhammad Aidi berkata ia berlaku dengan cepat, tembakan dilepaskan dari kawasan belukar.

Tentera berkenaan, Usman Hambelo, terkena tembakan peluru di pinggangnya dan meninggal dunia beberapa jam kemudian, dengan helikopter tidak dapat mengeluarkannya dari kawasan itu akibat cuaca buruk, kata Aidi.

Semua tentera diarah membatalkan operasi memburu para penyerang kerana jurang berbahaya dan hutan tebal di kawasan itu.

Tentera percaya serangan itu dirancang oleh Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat (TPNPB), yang mengaku bertanggungjawab membunuh sekurang-kurangnya 19 pekerja pembinaan di kem hutan terpencil berkenaan tahun lalu, kata Aidi.

Kakitangan kontraktor dimilik negeri, Istaka Karya membina jambatan dan jalan raya sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan infrastruktur di wilayah miskin.

Kumpulan pemberontak juga disyaki menjadi dalang serangan pada Mac yang mengakibatkan tiga tentera mati ditembak.

Indonesia menyalahkan pihak pemisah bagi keganasan di Papua dan konflik seperti itu sudah sering berlaku.

Jakarta terus mengawal ketat rantau yang kaya sumber semulajadi itu, yang mengalami beberapa kekejaman musim panas ini termasuk pembunuhan tiga penduduk setempat, didakwa dilakukan oleh pemberontak. – AFP, 21 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen