HONG Kong sekali lagi berdepan protes anti kerajaan pada Ahad yag mana ia diihat masih tiada jalan penyelesaian berhubung pergolakan yang melanda negara itu berikutan kemarahan terhadap pemerintahan Beijing.
Bandar raya itu dilanda krisis paling buruk dalam sejarahnya sejak beberapa minggu lalu berikutan perhimpunan, perarakan dan konfrontasi antara penunjuk perasaan dan pihak polis.
Prostes berkenaan tercetus oleh rang undang-undang kini ditangguhkan, yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.
Namun sejak itu, ia mewujudkan gerakan lebih besar yang menggesa pembaharuan demokrasi, hak memilih sejagat, dan berhenti untuk melepaskan kebebasan di wilayah separa autonomi.
Polis bertindak menembak gas pemedih mata dan peluru getah manakala Parlimen telah diserang oleh penunjuk perasaan - ketika Beijing menghadapi cabaran paling serius sejak Hong Kong diserahkan kembali ke China pada tahun 1997.
Perhimpunan pada Ahad itu merupakan minggu ke tujuh berturut-turut penunjuk perasan turun ke jalan raya beramai-ramai.
Kebiasaannya perhimpunan akan berakhir dengan aman, namun kali ini ia berakhir dengan keganasan antara polis anti rusuhan dan sekumpulan kecil penujuk perasaan. – AFP, 21 Julai, 2019
Komen