Lebih 20,000 berhimpun di Moscow tuntut pilihan raya bebas, adil


Penunjuk perasaan berhimpun di Moscow untuk menuntut pihak berkuasa memasukkan nama calon bebas yang akan bertanding pada pilihan raya September. – Gambar AFP, 21 Julai, 2019.

LEBIH 22,000 orang membanjiri dataran di Moscow hari ini untuk menuntut pilihan raya tempatan yang bebas dan adil, susulan keengganan pihak berkuasa meletakkan calon pembangkang yang popular.

Protes terbesar mereka sejak bertahun lalu, pemimpin pembangkang seperti lawan Presiden Vladimir Putin, Alexei Navalny dan Muscovite berhimpun selepas pihak berkuasa enggan mendaftarkan calon bebas yang ingin bertanding pada pilihan raya September ini.

“Ini adalah bandar saya!” laung orang ramai ketika perhimpunan selama dua jam.

“Kami akan menunjukkan kepada mereka ini permainan yang berbahaya,” kata Navalny dari bawah pentas.

“Kita perlu berjuang untuk calon kita,” katanya ketika orang ramai bersorak dan mengibarkan bendera Rusia.

Lelaki berusia 43 tahun itu mengancam perhimpunan lebih besar pada Sabtu depan, berhampiran pejabat datuk bandar, melainkan pihak berkuasa Moscow mendaftar ahli politik terkenal termasuk Ilya Yashin dan Lyubov Sobol dalam tempoh tujuh hari.

Selepas perhimpunan itu, 16 calon bebas mengeluarkan kenyataan bersama menuntut akses kepada undi dan menuduh Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin mencetuskan “krisis politik” di bandar yang diadami 15 juta orang. – AFP, 21 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen