AHLI perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang, Jho Low yang membawa pegawai kanan bank ke rumah bekas perdana menteri Najib Razak untuk membantunya membuka akaun bank pada awal tahun 2011, mahkamah didengar minggu lalu.
Bekas pengarah Kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang berkata, beliau bertemu ahli perniagaan dalam pelarian itu di kediaman peribadi Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada awal Januari. Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho berumur 29 tahun ketika itu.
“Najib dan saya kemudiannya pergi ke bilik tetamu, sementara Jho Low menunggu di ruang lain dalam rumah itu,” kata Cheah, 72, kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Jho Low merupakan orang yang dikehendaki berhubung dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dianggarkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat sebanyak AS$4.5 bilion (RM18.5 bilion).
Peguam bela turut berminat dengan Low, yang mana sebelum ini pernah mencadangkan di mahkamah bahawa pegawai bank terbabit mungkin bekerjasama denganya untuk mendapatkan dana dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, berkemungkinan dengan bantuan entiti eksekutif kanan.
Najib berdepan tujuh tuduhan jenayah melibatkan SRC International, kerana didakwa menerima RM42 juta dalam akaun peribadinya pada 2014 dan 2015.
Ketika pemeriksaan balas terhadap Cheah, bekas pegawai bank itu menafikan sebarang hubungan rapat dengan Low dan memberitahu mahkamah beliau “tidak suka” dengan lelaki berkenaan yang sering lewat pada temu janji.
Cheah juga berkata, dalam pertemuan selama 20 minit dengan Najib di rumahnya, bekas pengerusi Barisan Nasional itu berkata beliau menjangkakan derma politik dari Arab Saudi antara AS$100 juta (RM411 juta) dan AS$200 juta.
Cheah berkata beliau menyerahkan borang yang ditandatangan kepada Joanna Yu yang merupakan salah seorang daripada tiga kakitangan AmBank yang berhubung dengan pemegang akaun berkaitan Najib dan 1MDB, dan juga SRC International.
Beliau berkata Low turut mempengaruhi keputusan untuk tidak meletakkan nama Najib pada akaun yang nombornya berakhir dengan “694”, dan sebaliknya menggunakan nama kod. – 21 Julai, 2019
Berita penuh di sini.
Komen