KERAJAAN Thailand akan mempergiatkan usaha untuk membantu kira-kira 1,000 penduduk tanpa kerakyatan di sempadan Thailand iaitu di Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun, kata Timbalan Perdana Menteri Jurin Laksanawisit.
Beliau berkata mereka yang tanpa kerakyatan itu merupakan kumpulan penduduk yang lahir di wilayah Selatan Thailand yang tidak dimasukkan dalam senarai nama di pejabat daerah.
“Mereka yang tanpa kerakyatan akan menjalani ujian DNA untuk mengenal pasti identiti sebagai sokongan untuk permohonan kewarganegaraan dan mendapatkan kad pengenalan,” kata Jurin, yang sebelum itu melawat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan (SBPAC) hari ini.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Nipon Bunyamanee. – Bernama, 20 Julai, 2019.
Komen