INDIA menggantung perkhidmatan seorang juruterbang yang tidak sengaja menghantar isyarat kecemasan kepada pusat kawalan trafik dalam satu penerbangan domestik bulan lalu.
Pesawat AirAsia India itu dalam penerbangan dari New Delhi ke Srinagar, mengalami masalah enjin dan kapten pesawat itu meminta pegawai pertamanya, Ravi Raj untuk menghantar isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa.
Sepatutnya, Raj memasukkan kod 7700 tetapi dia menghantar kod 7500 iaitu isyarat berlakunya rampasan pesawat.
Kod itu dianggap sebagai isyarat kecemasan utama di seluruh dunia.
Butiran lanjut susulan kesilapan Raj itu tidak dapat diketahui, tetapi media tempatan melaporkan situasi tersebut ditangani dengan baik.
Pesawat Airbus A320 itu juga selamat mendarat di bandar Changirarh ekoran kesilapan tersebut.
Raj didapati bersalah kerana bertindak cuai dan digantung kerja selama tiga bulan manakala kapten peswat itu juga diberi amaran agar lebih berhati-hati.
AirAsia India merupakan usahasama antara syarikat penerbangan tambah murah Malaysia, AirAsia dan syarikat India, Tata Sons. – AFP, 20 Julai, 2019.
Komen