Bergambar bersama menteri bukan tanda mahu rombak Kabinet, kata PM 


Chan Kok Leong

Dr Mahathir memperingatkan Bersatu supaya tidak manjadi satu lagi parti yang menyerupai Umno. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 20 Julai, 2019.

DR Mahathir Mohamad hari ini menafikan akan ada rombakan Kabinet susulan seluruh menteri bergambar bersama beliau semalam 

“Semalam itu, adalah salah satu waktu semua menteri hadir. Kami mahu tangkap gambar semua ahli mesyuarat Kabinet,” kata Dr Mahathir di Serdang hari ini sempena mesyuarat agung luar bias Bersatu. 

Ketika ditanya sama ada rombakan Kabinet akan dibuat tahun ini, Dr Mahathir menjawab: “Apa yang saudara boleh cadangkan? Saya dengar cakap orang.”

Sementara itu, Dr mahathir turut menempelak bekas musuhnya dalam Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengatakan Pakatan harapan boleh musnah susulan krisis dalam PKR. 

“Dia ada banyak pengalaman dengan Semangat 46. Dia tahu banyak tentang itu,” kata pengerusi Bersatu itu. 

Semangat 46 adalah parti yang sudah berkubur Ia ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh pada 1988 selepas kalah kepada Dr Mahathir pada 1987. 

Kekalahan beliau merebut jawatan presiden Umno itu menyebabkan Tengku Razaleigh mengetuai “Team B” dalam Umno untuk keluar parti seterusnya menubuhkan Semangat 46. 

Selepas 10 tahun, pada tahun 1996 beliau secara rasmi mengumumkan pembubaran parti itu dan seterusnya kembali ke pangkuan Umno. – 20 Julai, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen