Vietnam tuduh China ceroboh perairannya


Kementerian Luar Filipina mengkritik tindakan kapal peninjau China, Haiyang Dizhi 8 dan kapal pengiringnya kerana menceroboh masuk kawasannya sejak beberapa hari lalu. – Gambar EPA, 20 Julai, 2019.

VIETNAM menuduh China menceroboh perairannya di Laut China Selatan dan menuntut sebuah kapal peninjau Beijing keluar dari kawasan itu.

Kedua-dua negara itu sudah lama terlibat dalam pertelingkahan berhubung kawasan maritim di laut tersebut dan China mendakwa hampir semua kawasan itu merupakan miliknya.

Namun masyarakat antarabangsa berpihak kepada negara lain yang mengemukakan tuntutan termasuk Vietnam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Taiwan, dan Brunei.

Semalam, Kementerian Luar Vietnam mengkritik tindakan kapal peninjau China, Haiyang Dizhi 8 dan kapal pengiringnya kerana menceroboh masuk kawasannya sejak beberapa hari lalu.

Vietnam secara konsisten meminta kapal terbabit agar berundur dari wilayahnya dan meminta China menghormati kedaulatannya.

China bagaimanapun tidak mengesahkan aktiviti kapalnya di Laut China Selatan tetapi meminta Vietnam agar menghormati pendirian Beijing berhubung tuntutan wilayah laut itu.

Pada Jun lalu, China terlibat dalam ketegangan dengan Filipina apabila sebuah kapal China dan bot nelayan milik Filipina berlanggar di Laut China Selatan.

Manila menuduh China mengabaikan keselamatan 22 krew nelayan tersebut tetapi Beijing menafikan dakwaan itu. – AFP,  20 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen