MEDIA tempatan Korea Utara mengecam Jepun atas sekatan dagangan baru-baru ini terhadap Korea Selatan berhubung perbalahan tentang perhambaan pada zaman perang, menuduh Tokyo memusnahkan trend keamanan” di semenanjung Korea.
Selepas Mahkamah Tinggi Korea Selatan mengarahkan syarikat Jepun yang menggunakan buruh paksa untuk membayar pampasan kepada mangsa warga Korea, Tokyo awal bulan ini menyekat eksport beberapa bahan kimia ke Korea Selatan.
Bahan itu amat penting untuk syarikat telefon pintar di Korea Selatan.
Presiden Korea Selatan Moon Jae-in yang mendapat sokongan Pyongyang berkata tindakan Tokyo bermotifkan politik dan menyebabkan kecemasan terhadap ekonomi eksport Seoul.
Korea Utara berulang kali memberi amaran kepada Korea Selatan untuk berhenti campur tangan dalam rundingan nuklear antara Pyongyang dan Washington, tetapi berpihak kepada Seoul dalam isu perbalahan dengan Tokyo. – AFP, 20 Julai, 2019.
Komen