ARKITEK dan pereka Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli meninggal dunia semalam pada usia 92 tahun.
Selain Menara Berkembar Petronas, Pelli juga mereka bangunan Pusat Kewangan Dunia di New York.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Cesar Pelli,” kata Presiden Argentina, Mauricio Macri di Twitter.
“Hasil kerja beliau di seluruh dunia adalah kebanggaan rakyat Argentina.”
Pelli menamatkan pengajian dari Universiti Tucuman dan selepas itu menyambung pelajaran di Amerika Syarikat pada 1952.
Beliau merupakan dekan Fakulti Seni Bina Universiti Yale dari 1977 hingga 1984 dan menerima Pingat Emas AIA (Institut Arkitek Amerika) pada 1995. – AFP, 20 Julai, 2019.
Komen