AMERIKA Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$7 juta (RM28 juta) untuk mencari ejen Hezbollah yang didakwa menjadi dalang dalam serangan maut pada 1994 terhadap pusat Yahudi di Buenos Aires, susulan Setiausaha Negara Mike Pompeo dalam usaha menyatukan negara-negara Amerika Latin menentang pengganas.
Pompeo mengadakan lawatan sempena ulang tahun ke-25 serangan di Argentina itu, menyalakan lilin di tapak bangunan Persatuan Israel Argentina di mana plak senarai nama 85 mangsa yang maut diletakkan.
“Mereka dibina oleh anggota kumpulan pengganas, Hezbollah dan mendapat bantuan dari Iran,” kata Pompeo pada acara mengenang kejadian itu.
“Kami tidak lupa, dan tidak akan lupa,” katanya pada acara yangt urut dihadiri menteri-menteri negara Amerika Latin.
AS menawarkan ganjaran itu untuk mencari Salman Raouf Salman yang didakwa pelaku dalam serangan itu.
Ariel Eichbaum, presiden pusat Yahudi yang dikenali sebagai AMIA, berkata pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu ialah Hezbollah dan Iran.
Selepas 25 tahun, tiada tertuduh dibawa ke muka pengadilan. – AFP, 20 Julai, 2019.
Komen