Tentera Turki 'neutralkan' 6 pengganas PKK di utara Iraq


Seorang lelaki Kurdish memegang bendera Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Tentera Turki berjaya "meneutralkan" enam pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq menerusi Operasi Claw hari ini. – Gambar fail AFP, 19 Julai, 2019.

TENTERA Turki berjaya “meneutralkan” enam pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di utara Iraq menerusi Operasi Claw, kata Kementerian Pertahanan pada Jumaat lapor agensi berita Anadolu. 

Pasukan keselamatan Turki turut memusnahkan senjata api dan kubu persembunyian PKK di kawasan Metina dan Gara utara Iraq, tulis kementerian di Twitternya.

Pihak berkuasa Turki sering menggunakan istilah “meneutralkan” untuk merujuk kepada pengganas menyerah kalah, terbunuh atau ditangkap.

Sejumlah 71 pengganas telah “dineutralkan” sejak pelancaran Operasi Claw, umum kementerian pada Isnin.

PKK - disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah - bertanggungjawab ke atas kematian kira-kira 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. – Bernama, 19 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen