SEORANG lelaki Korea Selatan meninggal dunia selepas membakar dirinya di depan kedutaan Jepun di Seoul hari ini, kata polis.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia dalam lingkungan 70-an itu menyalakan api dalam keretanya yang diletakkan di depan bangunan kedutaan dan disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital.
Beberapa 20 kanister gas pakai buang juga ditemui ditemui dalam keretanya.
Media tempatan melaporkan bapa mertua lelaki itu adalah mangsa buruh paksa tentera Jepun.
Kejadian berlaku ketika hubungan antara Seoul dan Tokyo tegang berhubung isu buruh.
Bulan lalu, Jepun melancarkan sekatan ke atas eksport penting terhadap syarikat gergasi teknologi Korea Selatan seperti Samsung Electronics.
Tokyo memberikan alasan bahawa tindakan itu perlu berikutan “hilang percaya” terhadap Seoul dan selain berkata Seoul gagal mengendalikan eksport bahan sensitif dari Jepun dengan baik.
Seoul pula berkata tindakan Tokyo itu sebagai balasan kepada keputusan mahkamah Korea Selatan yang memerintahkan syarikat-syarikat Jepun yang menggunakan buruh paksa berdekad dahulu supaya membayar pampasan kepada mangsa.
Tokyo hari ini memanggil duta besar Korea Selatan ke Jepun ekoran keengganan Seoul menyertai panel timbang tara bagi menyelesaikan pertikaian yang berpanjangan. – AFP, 19 Julai, 2019.
Komen