SEKURANG-kurangnya lapan maut dan berpuluh lagi cedera dalam kejadian letupan bom dekat sebuah universiti di Kabul ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan.
Taliban menafikan sebarang penglibatan dalam kejadian yang berlaku dekat pintu masuk kampus Universiti Kabul, kata seorang pegawai di pejabat media Kementerian Dalam Negeri.
“Mangsa yang cedera adalah pelajar jurusan undang-undang yang berkumpu (untuk peperiksaan). Kami tidak tahu berapa ramai pelajar yang berkumpul.”
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar berkata angka kematian meningkat kepada lapan orang dan 33 orang lagi cedera.
“Mangsa yang cedera diberikan rawatan sepatutnya,” kata Wahidullah di Twitter.
Media tempatan melaporkan bom meletup ketika pihak anggota polis sedang mengejar kenderaan pelaku.
“Mereka bukan menyasarkan universiti atau peperiksaan yang dijalankan, dan kami sedang menyiasat perkara ini,” kata jurucakap polis Kabul, Firdaws Faramarz dipetik rangkaian TV TOLO.
Minggu lepas, kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas kejadian serangan bunuh diri di sebuah majlis perkahwinan di wilayah Nangarhar. – AFP, 19 Julai, 2019.
Komen