BMW semalam mengumumkan bahawa ketua pengeluarannya Oliver Zipse akan menggantikan Harald Krueger sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) pada Ogos, ketika gergasi kenderaan Jerman itu kelihatan beralih dengan cepat ke arah pembuatan kereta elektrik.
Krueger yang dikritik kerana tidak mengarahkan kumpulan itu beralih dengan cepat ke arah teknologi elektrik berkata, pejabatnya akan ditutup April depan.
Bagaimanapun lembaga penyeliaan BMW dalam satu kenyataan semalam berkata, Zipse akan mengambil tempatnya pada 16 Ogos.
Zipse, 55, bermula sebagai pelatih di BMW pada 1991 dan sejak itu memegang pelbagai jawatan pengurusan.
Sebagai ketua bahagian produk, beliau menyelia 31 buah kilang di seluruh dunia kerana mereka dalam proses peralihan kepada pengeluaran kereta elektrik.
Pengerusi lembaga pengawas Nobert Reithofer berkata “pemimpin strategik dan analisis yang tegas”, Zip akan memberikan BMW Group momentum segar dalam membentuk kenderaan masa depan. – AFP, 19 Julai, 2019.
Komen