Penggal kepala 2 pendaki, 3 dihukum mati


Tiga pengikut kumpulan Negara Islam (ISIS) dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Maghribi semalam kerana memenggal kepala dua wanita Scandinavia ketika mereka dalam perjalanan mendaki pergunungan Atlas. – Gambar AFP, 19 Julai, 2019.

TIGA pengikut kumpulan Negara Islam (ISIS) dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Maghribi semalam kerana memenggal kepala dua wanita Scandinavia ketika mereka dalam perjalanan mendaki pergunungan Atlas.

Penjual jalanan berusia 25 tahun mengaku telah melakukan serangan itu bersama dua lagi orang Maghribi pada Disember lalu.

Ketiga-tiga mereka mengaku membunuh pelajar Denmark berusia 24 tahun Louisa Vesterager Jespersen dan Maren Ueland dari Norwar berusia 28 tahun.

Pendakwa raya dan pengguna media sosial mahu hukuman mati dikenakan terhadap ketiga-tiga mereka walaupun Maghribi mempunyai pembekuan de facto terhadap hukuman mati sejak 1993.

Younes Ouaziyad seorang tukang kayu berusia 27 tahun mengaku memenggal seorang pelancong turut meminta “pengampunan Tuhan”.

Suspek ketiga Rachid Afatti, 33, mengaku merakam pembunuhan beramai-ramai itu menggunakan telefon bimbitnya.

Ketiga-tiga mereka kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Wartawan berkumpul di luar mahkamah bagi mendengar keputusan itu.

“Kami harapkan hukuman yang setimpal sesuai dengan kekejaman jenayah itu,” kata peguam Khaled El Fataoui yang bercakap bagi keluarga Jespersen kepada AFP.

Ibu mangsa Helle Petersen dalam satu surat yang dibacakan di mahkamah minggu lalu berkata, “Yang paling adil adalah memberi binatang-binatang ini hukuman mati yang paling layak untuk mereka,”.

Keluarga Ueland enggan mengambil bahagian dalam perbicaraan.

Ketiga-tiga lelaki itu dijatuhi hukuman mati membuat rayuan hari ini dengan peguam pertahanan Hafida Mekessaoui mengatakan ia “teruk”.

Pihak pendakwaan telah meminta hukuman penjara antara 15 tahun dan 21 defendan lain dalam perbicaraan yang berlangsung sejak 2 Mei.

Mahkamah mengenakan hukuman penjara 20 tahun terhadap Kevin Zoller Guervos kerana menyertai “kumpulan pengganas”.

Guervos yang merupakan satu-satunya bukan rakyat Maghribi dalam kumpulan itu juga dituduh mengajar suspek utama bagaimana menggunakan khidmat pesanan terenkripsi dna menggunakan senjata.

Ketiga-tiga mereka mengaku pengikut kumpulan ISIS tetapi menurut pihak pendakwa ISIS sendiri tidak pernah bertanggungjawab atas pembunuhan itu. – AFP, 19 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen