Turki sifatkan tindakan AS singkir Ankara dari program F-35 'tidak adil'


Turki disingkir daripada program jet pejuang F-35 susulan tindakan Ankara membeli sistem pertahanan peluru berpandu dari Rusia.– Gambar EPA, 18 Julai, 2019

TURKI pada Rabu membidas tindakan “tidak adil” Amerika Syarikat untuk menyingkirkan negara itu daripada program jet pejuang F-35 susulan tindakan Ankara membeli sistem pertahanan peluru berpandu dari Rusia. 

“Langkah berat sebelah ini tidak mematuhi semangat perikatan ataupun berdasarkan alasan yang sah,” kata kementerian luar Turki dalam satu kenyataan.

“Tidak adil untuk singkirkan Turki, salah seorang rakan dalam program F-35,” kata kementerian tersebut, yang menafikan dakwaan sistem S-400 Rusia itu memberi ancaman kepada F-35. 

Turki menempah lebih 100 jet pejuang F-35, dan industri pertahanannya melabur dalm jumlah yang besar untuk pengeluaran pesawat pejuang itu. 

“Kami mengalu-alukan AS untuk menarik balik kesilapan ini yang akan memberi laluan kepada kerosakan kepada hubungan strategik,” kata kementerian Turki. 

Terdahulu pada Rabu, AS mengesahkan penyingkiran Turki daripada program itu selepas beberapa kali memberi amaran.

Juruteknik dan jurterbang Turki dalam program berkenaan juga akan dihantar pulang akhir bulan ini. – AFP, 18 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen