2 terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di Sinai


Anggota pasukan keselamatan Mesir meningkatkan kawalan di Semenanjung Sinai susulan serangan yang mengorbankan dua nyawa itu.– Gambar EPA 18 Julai, 2019

DUA orang termasuk orang awam terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri pada Khamis yang menyasarkan pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai, menurut sumber keselamatan dan perubatan.

Serangan itu terkena pasukan keselamatan di sebuah kawasan parkir kereta bandar Sheikh Zuweid di Utara Sinai, kata sumber kepada AFP.

Seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh dan tiga lagi cedera, manakala seorang orang awam turut terkorban.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan daripada pegawai di Mesir berhubung serangan itu dan masih tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Utara Sinai menjadi lokasi panas bagi kumpulan pemberontak terutamanya yang melibatkan kumpulan IS.

Tahun lalu, Mesir melancarkan serbuan besar-besaran ke atas kawasan berkenaan bagi menghapuskan kegiatan militan.

Ratusan anggota kumpulan militan terbunuh dalam serbuan itu. – AFP, 18 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen