Anwar, Azmin perlu segera bersatu, gesa ahli MPP


Zaim Ibrahim

Kesatuan Anwar Ibrahim dan timbalannya, Azmin Ali bukan sahaja mengukuhkan Pakatan Harapan tetapi PKR yang mempunyai kerusi paling banyak di Dewan Rakyat, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat parti Mohd Rashid Hasnon. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2019.

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali perlu segera bersatu untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH), kata ahli Majlis Pimpinan Pusat parti Mohd Rashid Hasnon.

Kesatuan mereka bukan saja mengukuhkan PH tetapi PKR yang mempunyai kerusi paling banyak di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Katanya, dua pemimpin itu seharusnya memberikan tumpuan kepada pelbagai isu yang sedang dihadapi oleh rakyat.

“Persahabatan kedua-dua individu harus dikekalkan kerana banyak lagi tugas yang kita perlu bangunkan bersama-sama dengan PH.

“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku tetapi yakin, presiden dan timbalan presiden PKR berjiwa besar dan mereka akan bersatu (sebagai satu pasukan),” katanya, yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini. – 18 Julai, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen