Studio animasi di Jepun terbakar, beberapa orang dikhuatiri maut


Polis Jepun hari ini mengesahkan beberapa orang dikhuatiri maut dalam insiden kebakaran di sebuah studio animasi di barat Kyoto. – Gambar EPA, 18 Julai, 2019

POLIS Jepun hari ini mengesahkan beberapa orang dikhuatiri maut dalam insiden kebakaran di sebuah studio animasi di barat Kyoto, lapor agensi berita Sputnik.

Media tempatan melaporkan lebih 30 orang cedera dalam kejadian itu.

Pasukan keselamatan tidak menyatakan jumlah sebenar yang terbunuh, lapor NHK. 

Penduduk tempatan membuat panggilan kecemasan kira-kira 10.30 pagi (01:30 GMT) selepas mendengar bunyi letupan di bangunan itu.

Menurut NHK lagi, kebakaran berlaku apabila seorang lelaki telah menyimbah petrol di studio terbabit dan suspek kemudian ditahan polis. – Bernama, 18 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen