SPR mahu pendidikan mengundi diperkenal di sekolah 


Chan Kok Leong

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun mencadangkan agar pendidikan mengundi diperkenalkan di sekolah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2019

SURUHANJAYA Pilihan Raya mahu pendidikan mengundi dimasukkan dalam pendidikan di sekolah, kata Azhar Azizan Harun.

“Kami mahu perkenalkan modul mengenai pendaftaran mengundi secepat mungkin. Di Australia, ini sudah bermula pada Tahun 3 atau pada umur 9 tahun.

“Kami akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk masukkan sesuatu mengenai demokrasi dan proses pilihan raya di sekolah,” kata pengerusi SPR.

Beliau berkata, kandungan modul itu akan dimuktamadkan dengan persetujuan dari parti politik di kedua-dua pihak.

“Kami mahu sokongan sebulat suara untuk perkara ini. Kamu mahukan modul bebas dan neutral bagi mengelakkan dituduh cuba indoktrinasi pelajar.”

Azhar berkata demikian kepada pemberita sempena kempen “Make a Change, Let’s Do It Together” di Putrajaya hari ini.  – 18 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen