SPR tak pasti pendaftaran automatik pengundi sedia digunakan di Sarawak


Chan Kok Leong

SPR belum dapat pastikan sama ada sistem pendaftaran pengundi automatik dapat disiapkan untuk digunakan pada pilihan raya Sarawak, kata Azhar Harun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2019.

SURUHANJAYA Pilihan Raya tidak pasti sama ada pendaftaran automatik pengundi (AVR) untuk pengundi 18 tahun bersedia untuk digunakan pada pilihan raya Sarawak yang perlu berlaku sebelum atau pada Julai 2021. 

“Kami akan menetapkan jadual dan jangka masa tentang bagaimana AVR boleh dibuat dan kami akan maklumkan progres kepada semua parti politik daripada semasa ke semasa. 

“Tetapi, terlalu awal untuk kata sama ada ia sedia digunakan untuk pilihan raya Sarawak,” kata Azhar Azizan Harun di Putrajaya hari ini. 

Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka diadakan tahun depan, sebelum tamat penggal yang patut berakhir pada 2021. 

Sebelum itu, pada forum SPRM “Make A Change, Let’s Do It Together”, Azhar “berharap” AVR akan sedia digunakan dalam tempoh setahun setengah lagi. 

kepada wartawan selepas forum, Azhar berkata terdapat beberapa langkah teknikal perlu dibuat termasuk membentuk sistem pendaftaran baharu untuk pengundi baharu sebaik sahaja mereka mencecah 18 tahun. 

Katanya, pembuat dasar perlu memutuskan bilakah sistem baharu akan dilaksanakan, menambah yang pengundi 18 tahun tidak boleh mengundi atau menjadi calon pilihan raya sehinggalah tarikh pelaksanaan sistem dipersetujui. – 18 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen