Senat AS lulus 3 resolusi sekat jualan senjata kepada Arab Saudi


Wakil rakyat yang kebanyakannya marah dengan negara itu kerana penglibatan Riyadh dalam pembunuh wartawan Jamal Khashoggi tahun lepas, meluluskan tiga resolusi untuk menghalang penjualan senjata kontroversi yang diumumkan di bawah tindakan kecemasan awal tahun ini oleh Trump. – Gambar AFP, 18 Julai, 2019.

SENAT AS semalam mengundi untuk menghalang penjualan senjata api mencecah AS$8.1 bilion kepada Arab Saudi dan sekutunya, undian yang dijangka diveto Donald Trump.

Wakil rakyat yang kebanyakannya marah dengan negara itu kerana penglibatan Riyadh dalam pembunuh wartawan Jamal Khashoggi tahun lepas, meluluskan tiga resolusi untuk menghalang penjualan senjata kontroversi yang diumumkan di bawah tindakan kecemasan awal tahun ini oleh Trump.

Resolusi menghalang jualan itu sudah diluluskan Senat AS dan akan masuk ke White House, di mana Trump dijangka akan membuat keputusan veto menghalangnya, kali ketiga dalam pentadbirannya.

Walaupun Dewan menghalang jualan itu dengan majoriti selesa, ia tidak cukup 50 undi untuk majoriti dua pertiga yang akan membatalkan veto Trump.

Trump mahu melakukan 22 jualan bekalan peralatan penyelenggaran pesawat, peluru berpandu dipandu dan senjata serta peralatan lain kepada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Jordan ketika ketegangan makin memuncak di Timur Tengah.

Pengkritik berkata jualan itu akan memburukkan perang di Yaman, di mana Arab Saudi menerajui tentera disokong AS menentang pemberontak Huthi disokong Iran. Konflik itu dianggap PBB krisis kemanusiaan terburuk sedang berlaku. – AFP, 18 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen