Angka korban bangunan runtuh di Mumbai meningkat 14 orang 


Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa bangunan runtuh di Mumbai.– Gambar EPA, 17 Julai, 2019

ANGKA korban akibat bangunan runtuh di Mumbai meningkat 14 orang manakala lapan yang lain diselamatkan, lapor agensi berita Xinhua.

Ramai dikhuatiri masih terperangkap memandangkan peralatan menyelamat tidak dapat dibawa masuk ke tapak runtuhan kerana laluan yang sempit.

Bangunan empat tingkat itu runtuh pada Selasa. Jumlah korban dijangka meningkat.

Tiga Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Bangunan bersebelahan juga dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga dan penduduk dipindahkan ke dewan sekolah berdekatan.

“Kami telah beri kebenaran untuk kawasan itu dibangunkan semula. Selepas siasatan dijalankan baru kita boleh tahu sama ada berlaku kelewatan dalam usaha pembangunan semula, buat masa ini tumpuan adalah untuk menyelamatkan mangsa terperangkap,” kata Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis kepada pemberita. – Bernama, 17 Julai, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen