PIHAK berkuasa Kuwait menahan sekumpulan penunjuk perasaan termasuh pemimpin aktivis berhaluan kanan, dalam operasi memburu penunjuk perasaan yang menuntut hak bagi mereka yang tiada kewarganegaraan, menurut Amnesty International pada Rabu.
Mereka berdepan beberapa pertuduhan termasuk kerana terlibat dengan demonstrasi tanpa permit, menyebarkan berita palsu dan menghina pasukan keselamatan, kata kumpulan hak asasi yang berpangkalan di London itu.
“Pihak berkuasa Kuwait dengan sewenang-wenangnya menahan sekumpulan penunjuk perasaan sejak beberapa hari lalu, termasuk aktivis hak asasi manusia terkenal Abdulhakim al-Fadhli dan beberapa lagi aktivis lain, dalam operasi memburu penunjuk perasaan yang menuntut hak bagi kumpulan yang tiada negara dikenali sebagai Bidun,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.
“12 penunjuk perasaan masih ditahan.”
Menurut Amnesty, penahanan itu dibuat antara 11 Julai dan 14 Julai, susulan tunjuk perasaan oleh hali kumpulan Bidun di Kuwait selepas salah seorang daripada mereka Ayed Hamad Moudath, 20 bertindak membunuh diri selepas gagal mendapatkan dokumen rasmi dan kehilangan pekerjaan.
Kumpulan hak asasi itu turut mengkritik penahanan penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman itu dan menafikan hak Bidun.
“Dengan terus menadikan hak kewarganegaraan Bidun, pihak berkuasa turut menafikan hak asas penduduk, termasuk kesihatan, pendidikan dan pekerjaan, yang memberi kesan kepada sumbangan mereka terhadap masyarakat Kuwait,” kata pengarah penyelidik Amnesty Timur Tengah, Lyn Maalouf. – AFP, 17 Julai, 2019
Komen