5 maut gempa bumi di Indonesia


Penduduk berkumpul di luar rumah mereka di Ternate, Maluku Utara selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud meletus awal bulan ini. Hujung minggu lalu, satu lagi gempa melanda wilayah itu menyebabkan lima orang mati. – Gambar AFP, 17 Julai, 2019.

JUMLAH kematian akibat gempa kuat yang melanda rantaian pulau Indonesia pada hujung minggu lalu meningkat kepada lima orang dengan beribu-ribu penduduk dipindahkan ke tempat perlindungan, kata seorang pegawai hari ini.

Menurut Kajian Geologi AS, gempa bumi 7.3 magnitud meletus kira-kira 165 kilometer di selatan bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada petang Ahad lalu.

Jurucakap Agensi Penangkapan Bencana Indonesia Agus Wibowo berkata, seramai lima orang maut selepas terkena runtuhan.

Hampir 1,000 rumah rosak di daerah Halmahera Selatan yang paling dekat dengan pusat gempa bumi itu dan lebih 3,000 orang berlindung di bangunan kerajaan serta sekolah kerana bimbang gempa susulan.

Pihak berkuasa tempatan telah meletakkan daerah itu di bawah status kecemasan dan telah mula menubuhkan dapur awam serta mengedarkan bantuan dan khemah. 

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap disebabkan kedudukannya di “Ring of Fire” di pasifik.

Tahun lepas gempa bumi 7.5 magnitud dan tsunami melanda Palu di Pulau Sulawesi sehingga mengorbankan lebih 2,200 orang dengan 1,000 lagi dilaporkan hilang.

Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi 9.1 magnitud melanda pantai Sumatera dan menyebabkan berlau tsunami yang membunuh ratusan ribu mangsa di seluruh rantau Lautan Hindi termasuk kira-kira 170,000 orang di Indonesia. – AFP, 17 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen