PEGUAMBELA dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Naran Singh hari ini menawarkan untuk membayar cetakan berwarna gambar-gambar pegun rakaman litar tertutup selepas dimaklumkan yang ia mahal.
Naran telah meminta gambar berwarna selepas dia diberi salinan hitam-putih, sementara hakim dan pendakwa raya mendapat gambar berwarna.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Azmi Ariffin bersetuju dengan Naran dengan mengatakan yang pihak pembela sepatutnya diberi gambar pegun yang sama memandangkan dia (hakim) dan timbalan pendakwa raya juga mendapatnya.
Dalam responsnya, timbalan pendakwa raya berkata kos mencetak gambar berwarna mahal.
Naran kemudian berkata pihak pembela bersedia membayar kos itu.
Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan yang menyebut tertuduh, Siti Aisyah - warga Indonesia dan Huong - warga Vietnam mengaku tidak bersalah membunuh Jong-nam menggunakan cecair beracun VX di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) 13 Februari lalu.
Setakat ini pihak pendawaan memanggil dua saksi manakala seorang lagi akan dipanggil petang ini. – 2 Oktober, 2017.
Komen