Tepung tempura punca kebakaran restoran sushi di AS


Pihak berkuasa Madison, Wisconsin mendapati beberapa kebakaran di restoran sushi berpunca daripada tepung goreng tempura. – Gambar AFP, 17 Julai, 2019.

SATU siri kebakaran aneh yang berlaku di beberapa restoran sushi di Amerika Syarikat (AS) dikenal pasti disebabkan bahan gorengan yang jika tidak dikendali dengan betul akan menyebabkan ia terbakar.

Anggota bomba di bandar Madison, Wisconsin mengatakan dua kebakaran di restoran Jepun awal tahun ini disebabkan oleh tepung goreng tempura yang dikenali sebagai “crunch” ditinggalkan untuk menyejuk sendiri.

“Minyak masak, terutamanya minyak kacang soya dan minyak canola, diketahui mampu panas sendiri dalam keadaan tertentu,” kata jabatan bomba di Midwestern dalam satu buletin keselamatan.

“Disebabkan produk ‘crunch’ dipanaskan semasa proses memasak, kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk atau colander untuk dibiarkan sejuk, ia tidak mampu menghilangkan haba. Keadaan ini boleh menyebabkan kebakaran terjadi,” buletin.

Kedua-dua kebakaran di Madison menyebabkan kerosakan dengan anggaran sekurang-kurangnya AS$575,000, dan penyiasat menyalahkan “crunch"bagi sekurang-kurangnya lima kebakaran lain yang diketahui.

Bagi menghalang kejadian sama berulang, jabatan bomba mengesyorkan bahan berkenaan diletakkan di permukaan rata seperti dulang pembakar untuk mencegahnya daripada mencetus api. – AFP, 17 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen