DEWAN Rakyat Amerika Syarikat (AS) secara rasmi mengutuk Donald Trump semalam atas serangan berunsurkan perkauman terhadap empat wakil rakyat Demokratik daripada masyarakat minoriti, dan bahasa kasar yang digunakan kepada pendatang asing.
Presiden itu sebelum ini menafikan beliau rasis.
Pemimpin kanan Republikan menyokong Trump tetapi empat anggota parti presiden memilih bersama 235 Demokrat untuk mengutuknya yang membuat komen rasis mencetuskan bara kebimbangan dan kebencian Amerika Baharu terhadap rakyat bukan kulit putih.
Seorang wakil rakyat bebas turut menyokong langkah itu, di mana Trump dalam Twitter menyuruh sekumpulan wakil anggota kongres wanita Demokrat yang bukan kulit putih untuk “pergi balik” ke negara asal mereka.
Resolusi itu juga mengecam presiden kerana merujuk pendatang asing dan pemohon suaka sebagai “penceroboh”.
Trump memang dilihat sebagai pejuang ketuanan kulit putih dan sentiasa berwasangka dengan kumpulan etnik lain.
Demokrat memegang majoriti 435 anggota dalam Dewan tetapi jumlah itu rendah berbanding Republikan dalam dewan Senat, di mana resolusi itu mungkin tidak dipertimbangkan.
Empat anggota kongres wanita itu – tiga daripadanya lahir di AS – terdiri daripada keturunan Hispanik, Arab, Somalia dan Afrika Amerika. – AFP, 17 Julai, 2019.
Komen