Trump mahu kaji semula hubungan Google dengan China


Presiden Donald Trump mahu pentadbirannya menyiasat sama ada Google bekerjasama dengan kerajaan China. – Gambar EPA, 16 Julai, 2019.

PRESIDEN Donald Trump mahu pentadbirannya menyiasat sama ada Google bekerjasama dengan kerajaan China.

Gergasi Internet Amerika Syarikat (AS) itu segera menafikan dakwaan tersebut.

Trump mengulangi kenyataan jutawan teknologi Peter Thiel bahawa Google bekerja dengan kerajaan atau tentera China.

“Jutawan teknologi Peter Thiel percaya Google patut disiasat kerana mengkhianat,” kata Trump di Twitter.

“Seorang lelaki hebat dan bijak yang lebih tahu hal ini berbanding orang lain! Pentadbiran Trump akan siasat!”

Google menafikan tuduhan itu, menyifatkannya tidak berasas dan memprsoalkan apakah motif Thiel yang merupakan penyokong setia Trump. Thiel juga berada dalam lembaga pengarah pesaing Google, Facebook.

“Seperti yang kami katakan dulu, kami tidak bekerjasama dengan tentera China,” kata Google dalam satu kenyataan. – AFP, 16 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen