3 jadi mangsa pemujaan di India


Menurut media tempatan, ketiga-tiga mangsa yang merupakan penjaga kuil di daerah Anantapur, Andhra Pradeshdi itu disyaki dibunuh oleh beberapa pemburu harta karun pada Isnin. – Gambar EPA, 16 Julai, 2019.

DUA wanita dan seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kelar di leher di sebuah kuil di selatan India, kemungkinan mempunyai kaitan dengan amalan pemujaan.

Menurut media tempatan, ketiga-tiga mangsa yang merupakan penjaga kuil di daerah Anantapur, Andhra Pradeshdi itu disyaki dibunuh oleh beberapa pemburu harta karun pada Isnin.

Mangsa dikenal pasti sebagai Shivarami Reddy,70,  kakaknya Kadapala Kamalamma, 75, dan Satya Lakshmiamma, 71.

Polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh seorang pengunjung kuil.

“Mereka membunuh ketiga-tiga mangsa dan kemudian merenjiskan darah mangsa ke atas Shivalinga (Dewa Shiva),” kata pegawai polis B. Satya Yesu Babu menurut akhbar Hindustan Times.

Polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan. – Bernama, 16 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen