KERAJAAN Pulau Pinang mendedahkan butiran mengenai 27 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi projek tambakan laut di perairan selatan pulau Pulau Pinang (PSR).
Projek tambakan laut itu mendapat kelulusan JAS selepas menerima Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) awal bulan ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada sidang media hari ini berkata 56 daripada 72 syarat tersebut adalah syarat umum berkaitan projek di bawah topik utama berikut:
Pematuhan; penerangan tentang aktiviti yang ditetapkan; konsep dan reka bentuk projek; perlesenan; land disturbing-pollution prevention and mitigation measures (LD-P2M2); kawalan aktiviti penembusan tanah dan pengerukan; kawalan aktiviti pengorekan perlombongan pasir laut, perlombongan pasir darat atau sungai, kawalan dan pengawasan kualiti udara; kawalan dan pengawasan kualiti air; kawalan dan pengawasan bunyi bising dan gegaran; pengawasan hidrologi; pengendalian bahan buangan berjadual; sisa pepejal bahan kimia dan petroleum; pengangkutan dan storan bahan berjadual; dan kawalan dan pencegahan.
Syarat selebihnya adalah khusus berkenaan Environment Management Plan (EMP) yang menetapkan bahawa EMP hendaklah disediakan mengikut format dan keperluan yang ditetapkan oleh JAS, kata Chow.
Di bawah Sekyen 33A Akta Kualiti Alam Sekeliling, klausa 63 da 64 menyatakan audit alam sekitar hendaklah dijalankan pada setiap empat bulan semasa fasa kerja tanah dan pembinaan; dan setiap tahun semasa fasa operasi.
“Selain itu, peranan dan tugas pegawai alam sekitar (EO) juga diperincikan demi memastikan semua langkah-langkah kawalan dilaksanakan dan semua syarat kelulusan EIA dipatuhi.” – 16 Julai, 2019.
Komen