
DEWAN Rakyat telah mula membahaskan rang undang-undang kerajaan untuk menurunkan umur mengundi sehingga 18 tahun dan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersedia membuat pindaan perlembagaan pertamanya sejak mengambil alih Putrajaya tahun lepas.
Seramai 58 anggota Parlimen dilantik oleh Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof untuk membahasakan rang undang-undang itu sebelum keputusan dibuat malam ini.
Ini merupakan kali kedua kerajaan Pakatan Harapan cuba meminda Perlembagaan Persekutuan selepas usaha mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963 pada 9 April lepas. Bagaimanapun, ia tidak mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat.
Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dari Umno mengesahkan sokongan bekas parti pemerintah untuk rang undang-undang itu sama seperti setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan.
“Kami menyokong sepenuhnya usaha kerajaan meminda Artikel 119 dan Artikel 47,” kata Takiyuddin Hassan (Kota Bharu-PAS).
Pindaan kepada Artikel 119 akan merangkumi umur minimum yang akan diturunkan dari 21 hingga 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik manakala Perkara 47 merangkumi perubahan umur minimum untuk calon pilihan raya dari 21 hingga 18 tahun.
Takiyuddin menyokong cadangan kerajaan itu dan berpendapat ia sebagai langkah baik apabila lebih ramai rakyat Malaysia dapat memilih kerajaan pilihan mereka.
“Pada Perang Dunia 11, usia mengundi minimum bagi kebanyakan negara adalah 21 tahun.
“Tetapi ia semakin menurun sehingga ada yang menurunkannya sehingga 16 tahun walaupun secara puratanya sekitar usia 18 tahun,” katanya.
Tetapi Takiyuddin berkata, kerajaan tidak sepatutnya menurunkan umur mengundi minimum dan perlu memperkenalkan kurikulum di sekolah supaya rakyat Malaysia yang lebih muda mengetahui mengenai peranan serta tanggungjawab sebagai warganegara dan pengundi. – 16 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen