Algeria rancang bina loji nuklear


Menteri Tenaga Mohamed Arkab berkata, kerajaan Algeria bercadang membangunkan tahap keupayaannya terlebih dahulu sebelum membina loji nuklear yang pertama. – Gambar EPA, 16 Julai, 2019.

ALGERIA merancang membina loji nuklear untuk memanfaatkan aset uraniumnya, kata Menteri Tenaga Mohamed Arkab, lapor agensi berita Xinhua memetik stesen radio Channel 1 pada Isnin.

“Algeria mempunyai rizab uranium kira-kira 26,000 tan. Kerajaan bercadang membangunkan tahap keupayaannya terlebih dahulu sebelum membina loji nuklear yang pertama,” katanya Arkab semasa melawat Pusat Penyelidikan Nuklear di Algiers.

Dengan mempunyai empat pusat penyelidikan nuklear beliau berkata, Algeria sedang mempertimbang untuk melabur 26,000 tan rizab uranium dalam sektor kesihatan dan farmaseutikal. 

Tambah beliau, Algeria menjana sebahagian besar keperluan sektor tenaga melalui rizab gas aslinya yang berjumlah 144 bilion meter padu. – Bernama, 16 Julai, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen