NAJIB Razak hari ini menafikan beliau mengkritik hartawan Robert Kuok tetapi berkata hanya membuat satu kenyataan bahawa setiap hartawan yang berjaya di Malaysia adalah hasil keputusan dibuat kerajaan sebelumnya.
Bekas perdana menteri itu memberi respons terhadap Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz yang mengatakan beliau terlebih dahulu mengkritik Kuok pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.
“Tidak. Saya tidak mengkritik Robert Kuok. Saya cuma berkata setiap jutawan yang berjaya di Malaysia adalah kerana keputusan dibuat kerajaan BN atau perikatan pada masa lalu.
“Sama ada (Lim) Goh Tong atau Robert Kuok atau Vincent Tan atau…kamu namakan. Setiap seorang daripada mereka diberi sesuatu oleh kerajaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pekan kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Najib berkata walaupun mereka hartawan kerana tahu bagaimana cara menghasilkan wang, harus ada pengiktirafan diberikan kepada kerajaan sebelumnya.
“Saya tak kata mereka tak layak, saya cuma kata perlu ada pengiktirafan sebagai kunci kejayaan yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan terdahulu,” katanya. – 16 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen