LEBIH separuh daripada rakyat Malaysia layak mengundi jika Parlimen bersetuju untuk menurunkan had usia minimum mengundi kepada 18 tahun, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan untuk bacaan kedua hari ini.
“Digabungkan dengan pendaftaran pengundi automatik, akan ada tambahan 7.8 juta pengundi yang menjadikan jumlah kepada 22.7 juta pengundi.
“Ia berbanding 14.9 juta pengundi yang layak dalam pilihan raya lalu yang diadakan tahun lepas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – 16 Julai, 2019.
MENYUSUL
Komen