KPM kaji mekanisme pelaksanaan semula PPSMI, kata PM


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini berkata KPM sedang kaji pelaksanaan semula PPSMI. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 16 Julai, 2019.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji untuk menggunakan Teknologi Maklumat (IT) dalam proses pengajaran apabila ia melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“KPM sedang mengkaji dengan terperinci pelaksanaan semula PPSMI yang akan termasuk juga sistem baharu berasaskan IT,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pengajaran akan dirakamkan oleh kumpulan guru terbaik bagi membolehkan semua pelajar mendapat manfaat daripada pembelajaran itu.

Dr Mahathir menekankan kepentingan untuk fasih dan menguasai Bahasa Inggeris yang menjadi medium utama dalam dunia saintifik.

“Tidak seperti Geografi dan Sejarah, Sains sentiasa berkembang, dan pengetahuan baharu sedang ditemui.”

Sehubungan itu katanya, amat penting untuk menguasai bahasa itu bagi membolehkan pengetahuan itu diterjemahkan ke Bahasa Melayu. – 16 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen